Alhamdullilah diberi masa untuk meluangkan masa di blog saya yang tidak seberapa ini.Tujuan saya pada kali ini ingin meluahkan rasa bangga saya terhadap insan yang bernama bapa.Walaupun saya tidak bergelar bapa lagi..hehehe..InsyaAllah suatu hari nanti..
Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada ayah saya kerana telah menjaga saya dari kecik hingga saya dewasa ini.Setiap jasa yang telah dicurahkan kepada saya akan saya ingat sampai bila2..hingga ke nafas terakhir saya..Ayah jugaklah mendorong saya dari pelbagai segi dalam kehidupan ini.Tanggungjawab ayah sangat besar tidak terkira besarnyer.Ayah juga yang mengajar erti hidup untuk menjadi seorang pemimpin satu hari kelak.Setiap perbuatan ayah lakukan adalah untuk mendidik anak-anaknya supaya menjadi insan yang berguna di dunia dan diakhirat.Amin..
Semoga esok sempena hari bapa diharap semua insan yang bergelar bapa tersenyum lebar atas sambutan dan kejutan yang akan diberikan oleh anak-anak mereka dan tidak lupa jugak kepada kaum yang bergelar ibu jasa mu amat kami hargai..Ayah dan Ibu kamulah penyeri dan pelita hidup kami tanpa kedua2 orang tua kita siapalah kita di dunia ini..Alhamdullilah atas kurniaan Allah S.W.T.
----------Love My Father love Mother----------
No comments:
Post a Comment